Wednesday, July 20

SALAHKAH AKU MENCINTAINYA....???


Sungguh jiwang title entry ini. Tetapi ini bukan kisah cinta monyet jiwang karat abadi antara kaum hawa dan adam,tapi cinta antara mereka yang sama alat kencing.

Aku tak nak la cerita mengenai hukum cinta sejenis ni,dah confirm-confirm la haram dan di laknat oleh Allah S.W.T,cuma pernah ke kita selami apa yang puak pencinta sejenis ini rasa? Aku tak pernah tanya,tapi seorang pencinta sejenis ini pernah bercerita dengan aku akan rasa cintanya yang aneh.

"Aku bernafsu pada perempuan,tapi aku tak mampu cintakan perempuan. Aku tak bernafsu pada lelaki,tapi aku mampu cintakan lelaki.."

Aku baca ayat ni naik geli jugak bulu tengkuk serta bulu telinga. Tapi kalau di dalami maksud ungkapan kata-kata tu,aku mula konpius,macam mana orang macam ni nak memilih cinta? Sebenarnya,minda mereka yang menjadi pencinta sejenis ini agak celaru,celaru dengan identiti diri. Jadi,ada yang lebih selesa menjadi seperti kejadian asal namun bernaluri cinta songsang,ada juga yang nekad mengubah kejadian asal,kerana hendak selari dengan naluri cinta songsangnya. (Boleh rujuk cerita Anu Dalam Botol...)

Jadi perasaan cinta mereka itu juga samalah seperti perasaan cinta aku pada isteri aku,perasaan cinta Romeo dan Juliet atau perasaan cinta Uda dan Dara mahupun perasaan cinta Beauty and the Beast!!! Samalah bagaimana kita sanggup berkorban apa saja kerana cinta kita pada seseorang,macam tu jugalah perasaan mereka!!! Cuma masalahnya,satu jantina!!!

Dan itu SALAH!!!!

Kesian sebenarnya berada di tempat mereka ni. Kesian kerana jiwa meronta-ronta inginkan cinta namun tak selari dengan apa yang di hukumkan. Jadi,andai kuat iman mereka ni nak menolak rasa cinta itu kerana takutkan akan azab neraka,maka syabas di ucapkan sebab perjuangan melawan kehendak nafsu bukan senang punya kerja!!! Lepas tu,belajar-belajarlah mencintai pasangan yang sepatutnya di cintai yang mampu menzahirkan zuriat.

"Orang tak faham perasaan aku ni. Cinta aku yang suci dan tulus dari hati,sama macam cinta korang pada orang yang korang sayangi jugak...."

"Tengkorak ko berjambul...sedap ko je samakan cinta aku dengan cinta ko...cinta aku ni ada hasil,ada zuriat,cinta ko tu hasil pun tadak,pastu dah confirm haram!!!..."

Ada orang yang akan naik angin kalau ada para pencinta sejenis mengungkapkan ayat-ayat macam ni. Kemudian akan menghukum mereka dengan cacian dan kata-kata keji.

"Ini bukan masalah cinta,tapi masalah hukum!! Kan dah jelas Allah laknat golongan pencinta sejenis ni!!!"

Power of love kata Celine Dion. Kalau dah power of love tu dah transform nak jadi power rangers,hukum pun tolak la....jadi kalau kita,pencinta yang normal cuma perlu memagar nafsu dengan iman dari terlanjur ke medan zina,bayangkan orang yang macam mereka ni perlu memagar nafsu dengan iman dari jatuh cinta!! Maknanya,iman diaorang kena dua kali ganda lebih power dari iman kita,pencinta yang normal ni.

Cuma pendekatan kita lah yang sikit-sikit kena dakwah golongan pencinta sejenis ni. Bukan kita pulaukan mereka,bukan mengeji mereka sebab bukan mereka minta pun diciptakan ada perasaan macam ni. (Kecuali kalau diaorang tak nak langsung dengar malah caci hukum Islam,itu patut di rendam aje dalam kolam 43 hari....). Sekarang ni pulak dah ada la pulak pencinta sejenis yang berani buat pengakuan terbuka,yang berani tukar jantina dan kahwin dengan pilihan cinta sejenisnya dan ntah hapa lagi..

Makin ngerikan Malaysia???

Jangan ingat aku ini seorang pencinta sejenis pulak,aku tulin dan dah kahwin dan dah ada anak pun!! Aku tak membela pun golongan ni,cuma kita perlu cari cara nak mendekati mereka. Kena cari cara mendakwah mereka dengan hikmah biar berbekas dalam hati. Susah ooo,macam kita nak cakap dengan seorang perokok tegar yang rokok itu haram. Salah cakap kena hamun jugak walaupun hukum yang kita bawak itu jelas dengan dalil dan nas!!

Kecuali lah kalau nak dakwah mereka time mereka dah kena kapan!!!

P/s : Aku dengar dah ada kelab atau persatuan khas untuk golongan pencinta sejenis ni kat Malaysia. Ngeri weh...macamanalah aku nak besarkan anak aku dalam keadaan yang macam ni...

2 comments:

Lizz said...

ada ramai member yang macam ni. sebenarnya,ada macam2 faktor diorang jadi macam ni. saya bagi contoh. 1: dia gurl tapi ayah dia nak sangat anak lelaki.dan mangsanya dia. ayah dia pakaikan dia n didik cara lelaki. bila dah besar,die jadi pengkid. salah siapa?

2: girl jugak. dia perempuan baik tapi dirogol oleh ayah kandung sendiri.dia dendam.dia rs jd gurl lemah.jd,dia tukar jd pengkid.tp sbnrnye dlm hati dia sedih.salah siapa?

3: gurl sejati tapi terkawan dengan pengkid yang pandai mengayat. campur pulak dengan persekitaran kaum sejenis yg terpesong. dia pun terikut. berapa kali dia nak berubah tp kwn2 ajak...dia xkuat iman..salah siapa?

wallahualam.wah,terpanjang lak aku -..-

Hatta Kain Kapan said...

nak buek camano....lagi pulak kalau iman sekeras ais batu..cukup time,cair!!!!!
timo kasih...komen power root!!!