Saturday, July 30

3gp..? Porno...?

(Entry ni dah siap lama,tapi baru nak post...idea entry ni datang lepas tengok citer Invitation Only)

Banyak orang akan berpendapat hijrah tu pada Rasulullah sahaja,padahal skop pengertian hijrah tu punya la luas. Mana yang faham maksud hijrah tu pulak akan mendakwa dirinya tidak perlu berhijrah kerana berpegang pada "Kenapa nak kena hijrah? Aku bukan jahat mana pun...". Mana yang dah jahat gila dan susah nak reverse pulak bila di ajukan soalan hijrah akan berdalih dengan "Sampai seru nanti,aku akan berhijrah.." Yang para pak ustaz dan alim ulama pulak bila di persoalkan perihal hijrah,maka selalunya jawapannya ialah menyeru orang lain berhijrah tanpa sedar yang diri sendiri juga perlukan hijrah.

Ni apahal cerita bab hijrah,padahal Maal Hijrah dah lepas???

Sebab,Ramadhan dah dekat. Bulan Ramadhan adalah platform terbaik untuk berhijrah. Tapi,yang aku cuba maksudkan disini,hijrah adalah terlalu sukar di zaman yang serba Transformers dan The Matrix ini. Cabaran itu ada di setiap zaman,cuma berbeza pendekatan dan mediumnya. Oleh kerana tajuk kat atas cerita fenomena 3GP,maka aku cuba nak korek sikit,apakah mustahil untuk berhijrah dari jadi peminat 3GP tegar? Bagi aku,jika seorang lelaki ingin berhijrah dari tabiat suka menonton video lucah,dia perlu menjauhkan diri dari apa jua medium yang boleh menjerumuskan diri ke kancah itu. Apa mediumnya?

Telefon,laptop,internet,kawan-kawan selucah dll. Tapi boleh ke,atau mampu ke atau boleh lari ke dari arus kemodenan yang pesat ni? 

"Aku tak nak la pakai handphone...aku tak nak la tengok Internet...."

Kalau ada budak sekarang yang boleh hidup tanpa handphone,maka sungguh bertuah la budak itu. Kalau la boleh di buat bancian mengenai para remaja yang ada simpan video 3gp lucah dalam handphone,mungkin dari nisbah 10,2 orang je tak ada simpan atau lagi bagus tak pernah tengok dan tak teringin nak tengok pun 3gp video lucah. Yang lain,mungkin dah tahu siapa Luna Maya,Maria Ozawa dan yang selucah dengannya. Kesian kan? Waktu zaman aku remaja dulu,aku pun mengaku ada la tengok sikit-sikit atas pengaruh rakan sebaya,tetapi kerana mediumnya tape,sesuatu yang besar,sukar di bawak,susah nak sorok,player pun tadak,modal pun besar,maka minat ke arah itu pupus dek kerana susah nak menghidupkan aktiviti jahanam itu.

Berbeza kan dengan zaman Transformers dan The Matrix sekarang ni? Semudah bluetooth di hujung jari,segala kisah mak nenek 'alat kencing' mudah je di sebarkan dan siap boleh disorok dengan mudah tanpa di ketahui cikgu,guru disiplin apatah lagi mak bapak. Boleh tengok sorang-sorang dalam bilik tidur,bilik air juga bilik termenung. Ada yang lebih teruk,yang di lihat dan di tonton tu cuba di aplikasikan pada bahan ujian yang paling relevan iaitu `Awek'. Punca? Handphone punya salah ke? Kesian handphone....

Handphone sekarang di anggap sebagai keperluan. Kalau ada manusia normal yang sudah bekerja,tiada memiliki handphone,maka tanpa banyak soal akan di label `Penipu',kecuali jika ada bukti yang jelas dan nyata di hujahkan. Jadi kalau dalam memori kad handphone yang berkapasiti 4GB,semuanya dipenuhi dengan video 3GP lucah,maka handphone tu salah ke? Cuma masalahnya,alasan untuk menghalalkan diri menegok alat kencing orang lain ialah sebab nak belajar,nak tengok jahanamnya pelaku video (kalau 3gp budak Melayu),saja boring-boring dan ntah hapa jenis bapak alasan yang di guna pakai. Dan yang aku paling Ralat dan sedih,budak sekolah pun dah pandai simpan malah buat 3gp sendiri,untuk simpanan kekasih hati!!
Di Malaysia,dulu macam pernah ada satu laman web Porno khas untuk kelucahan-kelucahan rakyat Malaysia. Aku tak ingat apa lama webnya (tak nak ingat pun!!!). Kalau tak di pantau,mau Malaysia boleh jadi macam negara Eropah yang boleh dapat untung melalui porno!!!

Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

1. Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
2. Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
3. Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
4. Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
5. Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
6. Britain menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Korang bayang kalau Malaysia masuk ranking? Mau petrol kat Malaysia ni full subsidi di cover oleh duit hasil keuntungan laman web Porno!!!

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

1. Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
2. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
3. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
4. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
5. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
(Sumber majalah Al Islam keluaran Disember 2009)

Jadi,sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba ni,azam lah diri kalau sebelum ni rasa jakun dengan 3gp,tak mampu hidup tanpa 3gp,maka Ramadhan ini jadikan lah sebagai medan untuk berhijrah. Tapi kalau dah sangap sangat,kahwin je laaa,pastu belek la puas puas alat kencing pasangan korang sampai muntah. Tapi belek sebelum kena kapan lah.....yeee.....!!!!

P/s : Aku pun berazam nak berhijrah Ramadhan kali ni. Hijrah kepada apa? Adalah.......rahsiaaaa..........................

Wednesday, July 20

SALAHKAH AKU MENCINTAINYA....???


Sungguh jiwang title entry ini. Tetapi ini bukan kisah cinta monyet jiwang karat abadi antara kaum hawa dan adam,tapi cinta antara mereka yang sama alat kencing.

Aku tak nak la cerita mengenai hukum cinta sejenis ni,dah confirm-confirm la haram dan di laknat oleh Allah S.W.T,cuma pernah ke kita selami apa yang puak pencinta sejenis ini rasa? Aku tak pernah tanya,tapi seorang pencinta sejenis ini pernah bercerita dengan aku akan rasa cintanya yang aneh.

"Aku bernafsu pada perempuan,tapi aku tak mampu cintakan perempuan. Aku tak bernafsu pada lelaki,tapi aku mampu cintakan lelaki.."

Aku baca ayat ni naik geli jugak bulu tengkuk serta bulu telinga. Tapi kalau di dalami maksud ungkapan kata-kata tu,aku mula konpius,macam mana orang macam ni nak memilih cinta? Sebenarnya,minda mereka yang menjadi pencinta sejenis ini agak celaru,celaru dengan identiti diri. Jadi,ada yang lebih selesa menjadi seperti kejadian asal namun bernaluri cinta songsang,ada juga yang nekad mengubah kejadian asal,kerana hendak selari dengan naluri cinta songsangnya. (Boleh rujuk cerita Anu Dalam Botol...)

Jadi perasaan cinta mereka itu juga samalah seperti perasaan cinta aku pada isteri aku,perasaan cinta Romeo dan Juliet atau perasaan cinta Uda dan Dara mahupun perasaan cinta Beauty and the Beast!!! Samalah bagaimana kita sanggup berkorban apa saja kerana cinta kita pada seseorang,macam tu jugalah perasaan mereka!!! Cuma masalahnya,satu jantina!!!

Dan itu SALAH!!!!

Kesian sebenarnya berada di tempat mereka ni. Kesian kerana jiwa meronta-ronta inginkan cinta namun tak selari dengan apa yang di hukumkan. Jadi,andai kuat iman mereka ni nak menolak rasa cinta itu kerana takutkan akan azab neraka,maka syabas di ucapkan sebab perjuangan melawan kehendak nafsu bukan senang punya kerja!!! Lepas tu,belajar-belajarlah mencintai pasangan yang sepatutnya di cintai yang mampu menzahirkan zuriat.

"Orang tak faham perasaan aku ni. Cinta aku yang suci dan tulus dari hati,sama macam cinta korang pada orang yang korang sayangi jugak...."

"Tengkorak ko berjambul...sedap ko je samakan cinta aku dengan cinta ko...cinta aku ni ada hasil,ada zuriat,cinta ko tu hasil pun tadak,pastu dah confirm haram!!!..."

Ada orang yang akan naik angin kalau ada para pencinta sejenis mengungkapkan ayat-ayat macam ni. Kemudian akan menghukum mereka dengan cacian dan kata-kata keji.

"Ini bukan masalah cinta,tapi masalah hukum!! Kan dah jelas Allah laknat golongan pencinta sejenis ni!!!"

Power of love kata Celine Dion. Kalau dah power of love tu dah transform nak jadi power rangers,hukum pun tolak la....jadi kalau kita,pencinta yang normal cuma perlu memagar nafsu dengan iman dari terlanjur ke medan zina,bayangkan orang yang macam mereka ni perlu memagar nafsu dengan iman dari jatuh cinta!! Maknanya,iman diaorang kena dua kali ganda lebih power dari iman kita,pencinta yang normal ni.

Cuma pendekatan kita lah yang sikit-sikit kena dakwah golongan pencinta sejenis ni. Bukan kita pulaukan mereka,bukan mengeji mereka sebab bukan mereka minta pun diciptakan ada perasaan macam ni. (Kecuali kalau diaorang tak nak langsung dengar malah caci hukum Islam,itu patut di rendam aje dalam kolam 43 hari....). Sekarang ni pulak dah ada la pulak pencinta sejenis yang berani buat pengakuan terbuka,yang berani tukar jantina dan kahwin dengan pilihan cinta sejenisnya dan ntah hapa lagi..

Makin ngerikan Malaysia???

Jangan ingat aku ini seorang pencinta sejenis pulak,aku tulin dan dah kahwin dan dah ada anak pun!! Aku tak membela pun golongan ni,cuma kita perlu cari cara nak mendekati mereka. Kena cari cara mendakwah mereka dengan hikmah biar berbekas dalam hati. Susah ooo,macam kita nak cakap dengan seorang perokok tegar yang rokok itu haram. Salah cakap kena hamun jugak walaupun hukum yang kita bawak itu jelas dengan dalil dan nas!!

Kecuali lah kalau nak dakwah mereka time mereka dah kena kapan!!!

P/s : Aku dengar dah ada kelab atau persatuan khas untuk golongan pencinta sejenis ni kat Malaysia. Ngeri weh...macamanalah aku nak besarkan anak aku dalam keadaan yang macam ni...

Tuesday, July 19

Dosa seorang `Kereta'.....

Memandu di waktu petang yang masih lagi panas memang boleh mengundang seribu,mmm...aku rasa tak sesuai seribu...sejuta malah berbillion-billion macam mood. Bermula dengan mengantuk,marah,layan dan macam-macam lagilah. Hari ini aku memandu seorang diri dari Bahau ke Shah Alam dan ada dua mood yang jadi peneman iaitu mood `mengantuk' dan mood `layan'.

Jadi apa kena mengena dengan tajuk entry di atas?

Setiap pemandu khususnya pemandu kereta setiap kali memegang stereng kereta dan kereta mula bergerak,seraya dengan pantas mood akan berubah. Seorang pak aji yang mendapat berita anaknya sedang nazak,berusaha untuk menyelitkan keretanya melalui lorong kecemasan highway kerana keadaan highway yang jem teruk. Dengan saiz kereta 4 x 4 storm yang bapak besar,pastinya orang ramai akan mengamuk dengan tindakannya.

"Suka hati ko je nak potong Q ye...nak senang aje... Jangan harap la aku nak bagi jalan..." seorang pemuda tidak memberi ruang pada Pak Aji tersebut.

"Aduh,di himpitnya aku kereta Waja ni....." Pak Aji mula merungut.

Kemudian Pak Aji itu mendapat called yang anaknya telah meninggal dunia.

"Ni semua kereta Waja ni punya pasallah aku tak dapat jumpa anak aku..!!! Aduh...!!!" Pak Aji itu mula naik hangin.

Pemandu kereta Waja itu pula tetap dengan pendiriannya menghimpit laluan supaya Pak Aji itu dan stormnya tak akan dapat bergerak lancar.

"Padan muka... Ingat kereta ko besar ko boleh suka ati potong Q...? Dengan aku tak dapatlah.."

Tanpa pemandu Waja sedari,dia telah menyebabkan seorang ayah tak dapat menemui detik akhir anaknya di dunia dan tanpa pemandu waja sedari juga,kerana tindakannya yang mementingkan diri itu juga menyebabkan Pak Aji itu mula tidak redha dengan Qada dan Qadar.

Sikit je tindakan,tapi impaknya.... tapi ini bukan cerita kisah benar.... ini cuma rekaan aje yang tak mustahil akan berlaku....

Jadi andainya anda seorang pemandu,pasti anda pernah terperangkap dalam situasi yang sama,kan? Jadi,apa reaksi anda waktu itu? Menjadi seorang postive thinker? Ye ke......?

"Dia sakit perut kot,tu yang potong Q tu.."

"Dia ada kematian kot...tu yang nak cepat..."

"Dia nak ke hospital kot....kecemasan.."

Atau lebih kepada....

"Tak tau undang-undang ke? Bodoh..."

"Jangan harap aku nak bagi potong..."

"Kereta dah mewah,tapi akal tadak.... bangang..."

"Menyusahkan orang... bodoh..."

So,kaitannya dengan aku ialah,petang tadi aku memandu dalam keadaan mood yang amat layan,jadi tak kiralah kalau ada kereta yang nak potong Q ikut kiri ke,hon aku berpuluh juta kali ke,buat banner mengutuk sekeras-kerasnya pemanduan aku ke,apa ke,aku tetap layan dengan pemanduan aku. Kerana apa aku layan? Kerana mood gembira di luar kereta (iaitu berjumpa dengan anak) aku bawa sekali ke dalam pemanduan aku.

Ada orang walau gembira ketika tidak memegang stereng kereta,tetapi mood akan berubah bila tangan mula menggenggam stereng tersebut kerana kegembiraan itu sudah di tinggalkan di luar kereta. Akibatnya,segala jenis carutan,maki hamun akan terpacul jika berlaku apa yang tidak selari dengan kehendak,cth Potong Q,korner tak bagi signal,potong double line,padahal tanpa kita sedar semua kesalahan yang kita maki dan carutkan pada pemandu lain akan kita buat juga jika kita terdesak!!

"Dah terdesak,nak cepat..nak pergi hospital....langgar je la lampu merah..."

Waktu itu,kita pulak laa yang jadi bahan caci maki orang walaupun niat kita adalah tulus dan suci.

Betul jugak peribahasa seorang cikgu memandu yang aku kenal....

"Nak buat orang jadi marah senang je....suruh dia pegang stereng.....ustaz pun silap-silap termencarut!!!"

Sebab tu aku seboleh-bolehnya nak didik hati aku supaya sentiasa think postive ketika memandu.

 Jadi,sebelum memandu,baca-baca lah doa nak memandu ye...mudah mudahan di kurangkan rasa marah ketika memegang stereng kereta.

Cuma kita di Malaysia,sebagai seorang pemandu Islam,kita rugi sikit memiliki kereta di Malaysia.

Kenapa? Kerana kita sudah rugi Sunnah Rasulullah.
Bila? Bila Rasulullah pesan mulakan sesuatu dengan KANAN dahulu.
Jadi? Jadinya,pernahkah anda,seorang pemandu,dari saat pintu pemandu terbuka,anda melangkah masuk ke dalam kereta dengan kaki KANAN dahulu?

Pemandu Orang putih pulak yang mengamalkan sesuatu yang Sunnah untuk orang Islam tanpa mereka sedari kerana tempat pemandu mereka adalah sebelah kiri!!!



p/s : aku tak tau kenapa aku pilih tajuk entry kali ini bunyinya tidak selari dengan disiplin bahasa Melayu. kepada para cikgu,mintak maaf atas kesilapan penggunaan bahasa.

Tuesday, July 12

BERSIH 25.0.....????



Hari Sabtu lepas berlaku perhimpunan Bersih 2.0 yang aku baca kat paper harian dipasaran tulis yang datang lebih kurang 6000 orang,tapi baca kat paper internet tulis lebih kurang 10 ribu orang.

Dalam masa kurang sebulan nak perhimpunan ni,hari hari media massa dok sibuk bahaskan isu ni.Tapi aku bukan nak cerita pasal perhimpunan tu,aku nak cerita pasal ungkapan perkataan BERSIH.

Aku pernah pergi balai polis,aku tengok kat dinding motto `BERSIH,cekap,amanah'.

Aku pergi pulak toilet awam kat hospital,besar kat dinding `Jagalah keBERSIHan'.

Aku ingat dulu kat sekolah,cikgu pesan `sebelum makan kita cuci tangan BERSIH-BERSIH'..

Ustaz aku pun selalu pesan `Rajin-rajin lah Solat Tahajjud kerana ianya menyucikan hati dan merBERSIHkan jiwa'.

Mak aku pun selalu marah aku masa kecik "Nak merayau tu pakai la baju BERSIH sikit.Ini baju dah macam kain lap meja tu jugak yang ko pakai....'

Namun sejak akhir-akhir ni,lain pulak maksud BERSIH itu di ertikan..

Aku jumpa kawan aku dia kata "Ko tahu,aku nak pergi Puchong yang sepatutnya 15 minit dah sampai dari sini,dah jadi 1 jam setengah.Bengang betul aku dengan BERSIH ni.Menyusahkan orang!!!!"

Baca pulak kat paper para peniaga merungut "Saya harap,BERSIH minggu depan di batalkanlah kerana kami yang akan menanggung kerugian,bukan kerana kami terpaksa menutup perniagaan tetapi mungkin kos kerosakan..."

Ada pulak yang melabelkan BERSIH itu sebagai kotor.

Nanti ek,nanti orang ingat aku ni tak faham maksud BERSIH dengan pertubuhan haram BERSIH.Yang aku cuba maksudkan di sini ialah,bagaimana pihak kaum kerabat yang inginkan perhimpunan BERSIH ini menggunakan perkataan BERSIH sehingga ada di kalangan masyarakat yang dalam waktu seminggu dua ini membenci apa yang di panggil BERSIH.Walaupun hakikatnya kita sukakan BERSIH.Suka kerana sifat BERSIH,bukan sukakan perhimpunan BERSIH.Seperti perkataan umum lainnya yang di jadikan nama pertubuhan seperti PERKASA.Adakah Badang yang terkenal dalam hikayat zaman dahulu sebagai seorang yang gagah PERKASA itu ahli PERKASA? Tak pun....Macam PAS yang juga nama parti politik,tapi juga satu perkataan yang di gunakan kalau nak masuk sesuatu tempat yang memerlukan kebenaran.

"Aaaa,encik nak pergi mana?Ada PAS?"

Kalu orang tu jawab "Saya takde PAS,tapi saya ahli PAS.." adakah guard tu akan bagi encik tu masuk...??

Macam aku terjumpa satu entry pass untuk pelawat melawat kawasan kilang yang tag tu tulis besar-besar.....
"PAS SEMENTARA"
Sapa yang pakai tag ni jadi ahli PAS sementara ke? Hahahaha....

Jadi maksud perkataan dan bila perkataan tu digunakan yang penting sebab boleh jadi `double meaning'.Macam Mat `BLUE' (double meaning lagi) nak membeli DVD lucah,dia akan bertanya pada pengedar "BAIK punya cerita,ada..?"

BAIK bagi dia "DVD lucah",tapi pada kita BAIK tu sifat terpuji....

Aku rasa lah,10 tahun akan datang,kamus dewan bahasa Melayu kena di update lah sebab banyak bahasa `double meaning' yang bagi yang dewasa confirm lah paham,tapi bagi budak-budak...???

So,kalau rasa rasa lagi 23 tahun akan datang,pertubuhan BERSIH nak lagi buat perhimpunan,para cikgu kalau taknak muridnya terlibat dengan perhimpun BERSIH 25.0 yang lagi 23 tahun akan menjelang tiba,adakah perlu cikgu mengajar camni....:

"Murid-murid,kita kena sentiasa jaga keBERSIHan,nak makan cuci tangan BERSIH-BERSIH,nanti besar jangan ikut perhimpunan BERSIH.....faham semua....???!!!"

Tu belum aku cerita bab KUNING lagi.....

So,kita tunggulah BERSIH 25.0 pulak,makin banyak orang sukA BERSIH,atau benci BERSIH...!!!

Kalau sempat tengok dan belum kena kapan.....!!!!



Friday, July 8

Sakit...!!!! Aduh...sakitnya......



Hari ini aku pergi hospital hantar isteri tersayang masuk wad bersalin untuk kelahiran pertama zuriat dari aku yang subur ini. Sekurang-kurangnya aku dah buktikan yang aku ni subur...!! hahaha....

Jadi awek-awek lama aku...jangan menyesal sebab tak kahwin dengan abang dulu....hahaha....

Sewaktu menghantar isteri aku ke wad selepas selesai semua urusan pendaftaran serta yuran tahunan PIBG hospital itu,aku terdengar suara-suara mengaduh kerana sakit....
Aku tak tahu la sakit nak bersalin ke...apa ke....tapi dah aku kat wad bersalin,mesti sakit nak bersalin...ye dak....

"Aiyo......ammaa....sakiiiiiitttt....aiyo......."

Sorang India ni mengaduh sekuat hati anak tekak dia....tengok muka isteri aku dah seriau dah....
Waktu pun dah masuk tengahari dan nak dekat Zohor.....Aku pun tanya kat isteri aku kiblat wad ni arah mana...

"Tadi ada penanda kiblat kat siling tu....." Isteri aku kata.Aku pun lega laaa.....

Aku pun pesan kat isteri aku,"Solat ye..susah macamana pun,tangan balut ke,kaki sakit ke,apa ke...solat jangan lupa...sebab nanti time ayang sakit nak beranak,otomatik lidah ayang akan sebut nama Allah...mintak tolong dengan Allah...meraung,Aduh..sakit Ya Allah....sakit..."

"Jadi sementara boleh solat ni,solat la...ingat Allah...jangan time sakit je ingat Allah..."
Isteri aku mengangguk tanda paham apa aku cakap....

Apasal aku bukak cerita ni...??
Majoriti para pesakit kat wad kat spital ni semua ada sakit masing-masing...bila dah sakit..meraung..mengeluh....

"Ya Allah...sakitnya....Ya Allah....Aku tak sanggup lagi Ya Allah...."

Bagus la tu....ingat daripada mana sakit tu datang....dari mana kesembuhan tu datang....
Tapi bab solat kat hospital,terutama di kalangan pesakit ni memang masalah sket....
Mengaduh,meraung,mengeluh ingat Allah,tapi waktu solat buat selamba aje.....
Mintak kesembuhan dari Allah,tapi yang Allah suruh tak nak buat....dan alasan yang paling kukuh ialah....TAK TAHU MACAM MANA NAK SOLAT DALAM KEADAAN SAKIT TU...

Tak kurang juga yang bagi alasan...."Sakit ni..nanti boleh Qada..." atau "Allah memahami aku ni sedang sakit..." atau "Segan la...tak ada orang solat pun...."

Yang tak nak buat tu,nak buat camana.....pilihan dia untuk sayangkan dirinya dari menyembah yang MenciptaNya....

Yang agak sayang ni..nak solat..tapi tak tahu macamana....mungkin ramai yang x tahu,kalau tak leh ambik wuduk,tayamum pun bleh...atau ambik wuduk pada kawasan yang paling minima yang ada dalam rukun wuduk....boleh solat,baring,duduk....asalkan ada keinginan nak buat...ada la jalan..Insyallah....

Ada satu kawan ni pi tanya kat nurse,"Camana nak solat duduk...?"
Nurse ni cakap.."Saya pun tak tahu...bukan bidang saya la bang..."
Last-last......tak solat la jawapnya.....

Aku rasakan...setiap wad kena lantik sorang ustazah or ustaz untuk jadi guider pada diaorang yang nak lagi bersolat walaupun dalam keadaan yang sakit tapi tak ada ilmu untuk itu...

Cuma moralnya...ramai orang lupa Allah time tak sakit....tapi bila sakit mohon dengan Allah supaya cepat sembuh....

Nanti dah sembuh....lupa balik dengan Allah....pastu sakit mohon balik cepat sembuh.....

Terus-terusan camtu sampai kena kapan.....

p/s : yang tukang tulis...sila ingat apa yang anda tulis sebelum kena kapan....semoga isteri aku selamat melahirkan zuriat ku ini...Aminn....


..

Thursday, July 7

kucing @ cat

aku terasa dengan gambar ni.....


Kucing ini di masjid.Aku tak kiralah,kucing ni orang buang kat masjid ke,atau memang kucing ni dah 73 keturunan memang dah duduk kat masjid tu ke,atau orang saja-saja buh kucing kat depan masjid tu then ambik gambar pastu buh kat google bagi aku search.....

apasal aku nak terasa dengan kucing ni.....???

Kalau kucing di syariatkan untuk solat,agak-agak kucing akan pergi ke masjid pastu solat berjemaah tak...??
Dengan ada satu pak imam kucing,bilal kucing...masjid pun ada masjid kucing.....siak kucing,jkk kucing...

Mungkin berlaku perebutan jawatan antara imam-imam kucing,mungkin ada bendahari kucing yang songlap duit masjid,mungkin jugak ada fahaman politik kucing yang cuba di bawa ke masjid kucing....

Tapi kucing tidak di syariatkan untuk itu...manusia macam aku ni haa yang di syariatkan untuk itu...
Manusia yang macam aku ni haa yang ada potensi untuk berebut jawatan imam,songlap duit masjid,memecah belahkan jamaah masjid dan apa jenis mak nenek sifat mazmumah lagi.....

Cuma selalu kita tengok hina pada kucing,bantai kucing sebab curi makan,biar kucing sampai berkurap kudis,mati kena lenyek bas.....ada plak yang pergi buang kucing kat laut,pergi dera....

Padahal kucing cuma menjalankan tanggungjawab dia sebagai kucing iaitu..tanggungjawab untuk makan dan kahwin......

Kita ni haa yang jadi manusia ni lagi banyak tanggungjawab berbanding kucing......

Antara pesan Imam Al Ghazali pada muridnya :

Apakah yang paling berat di dunia ini?

Bukan batu,bukan gunung,bukan besi..tapi tanggungjawab.....

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )


So,kita dengan kucing sapa lagi banyak dosa...???

Darjatnya,kita adalah lebih mulia dari kucing kerana kucing takde akal....
tapi kita boleh jadi lagi hina dari kucing sebab kita ada akal...!!!!

p/s: jangan ingat aku bias kerana aku memang suka kucing...semua binatang merangkumi yee....





Tenang ke.....???? Mari cek iman anda.....

Ada satu masa aku tension giler........aku tak tahu nak buat mende.....rasa nak marah....rasa nak mengamuk.....
rasa nak tumbuk orang walaupun aku bukan kuat mana pun.....

standart laa...stress keje...stress rumahtangga...stress duit kurang......

apa aku buat...??? yang paling best bagi aku...kembali pada minat aku iaitu muzik...dengar lagu kuat-kuat....
nak lagi best,pegi jamming......memang rasa release segala-galanya.... rasa lepas semua beban kat otak.....

Yeke....???? tenang ke....???

Kalau aku jawab tenang,yang menjawab tu bukan aku,tapi nafsu aku....
Iman aku tak tenang pun....sebab,lepas jamming...balik umah marah laa jugak....

Ni aku bawa aku sebagai contoh....

Mungkin bagi lain orang yang lain minatnya dengan aku....example minat memancing ke,minat main bowling ke,minat make up kereta ke,minat makan ke....mesti bende-bende yang dia minat ni laa yang di buat bila stress....

Tapi akan tenang ke kalau buat bende-bende ni semua...???

Aku sendiri dah 15 tahun menjadi pendamba muzik ni,tak jumpa pun apa yang ada pada muzik yang aku minat ni berjaya membuat hati aku tenang....

Yang ada kepuasan.......kan....????

Kepuasan dengan ketenangan tu sama ke...????

Aku cuba baca buku kat bawah ni karangan Imam Al Ghazali...


Baru 5 helai dah ngantuk.....tapi dengar aku punya Sony Walkman tak mengantuk pulak.....

Nampak sangat nafsu aku dah kuasai iman......(confession.......)

Kalau tak caya,cuba korang test dengar azan or mengaji kat radio.....

Adakah korang akan mengantuk,atau tukar channel radio yang azan atau mengaji tu.....???

Atau korang rilek-rilek je ketawa macam biasa....????

Boleh nilaikan iman kita yang nak di bawak time kena kapan nanti......



p/s : dari apa yang aku dengar dari ceramah ustazah Siti Nor Bahyah.....aii..lembiknya lah iman.....