Sunday, September 11

Duhai Bakal Mertuaku...


(Entry ini tiada kena mengena dengan poster diatas,sekadar untuk hiasan...hehehe...)

Malam raya ke 4,aku di kunjungi oleh kawan-kawan lama seperjuangan aku di dalam band Underground yang kami tubuhkan waktu aku lepas sekolah menengah dulu. Macam macam kisah yang di ungkit balik,dari cerita dulu-dulu sampai cerita bab ASB pun ada jugak,sampai cerita arus kemodenan zaman transformers masa kini pun ada cerita jugak. Tak kisahlah,dah lama tak jumpa,kalau cerita pasal pisang pun boleh berjela panjangnya.

Makin masa nak mendekati waktu 12.00 tgh malam,topik perbincangan mula bertukar syahdu. Bermula dengan kawan aku yang sorang ni bercerita pasal kegusaran hatinya nak kawin dengan tunangnya.

"Aku tak tahu la jadi ke tak kawin hujung tahun ni.."

"Apesal pulak...???!!!" Kami tanya balik.

"Mak mertua aku tu agak straight orangnya. Lepas tu aku ni seperti di pandang sebelah mata aje sebab kerja aku yang cikai ni,pastu bakal bini aku tu pulak sangat anak mak....Lepas tu bla  bla  blaaa........."

Berdasarkan kisah luahan hati kawan aku sorang ni,macam-macam idea yang kadang kala bernas tapi kedengaran bangang di usulkan pada kawan aku sorang ni oleh kami-kami yang terdiri dari dua orang cikgu dan seorang kerani. Kebetulan,para panel pencadang idea pulak semua dah kawin dan dah ada anak belaka,jadi kononnya macam idea berdasarkan pengalaman la konon,kehkehkeh..Okeh,jadi untuk kawan aku yang sedang susah hati tu,aku kumpulkan semua idea tu untuk di blogkan,mana tahu jadi sumber inspirasi untuk kawan aku sorang ni menempuh alam persetubuhan halal nanti....Muahahahaa...

Cadangan Cikgu 1.

1. Cuba kau tengok berapa umur bakal ibu mertua kau. Kalau dah 50 ke atas,kau cuma kena tunggu paling kuat 10 tahun je lagi untuk hidup dalam cengkaman mak mertua kau. Lepas tu,kau akan bebas sebebas bebasnya bila mak mertua kau dah kena kapan nanti!!! Tapi aku tak sarankan kau ambik jalan pintas la seperti memberi mak mertua kau makan racun tikus. Aman di dunia,tak aman di Akhirat kau nanti!!

2.Lepas kau kawin je dengan tunang kau,kau tebalkan muka,pekakkan telinga,rabunkan mata dan buat hal kau aje. Jarangkan waktu balik kampung dengan alasan kerja,sesuai la dengan kerja kau yang sentiasa ON CALLED. Kena bebel ke,kena kutuk ke dengan mak mertua kau,buat bodoh je la. Bini kau,tahu la kau jaga..Ye tak....??

3.Kau siapkan diri dengan kemampuan seksual yang luar biasa,kalau boleh study dalam-dalam bab ni,dan nanti cuba kau pratikkan. Tahu tak kenapa? Nanti kompom kalau kau layan baik punya,sifat anak mak bini kau tu pun hilang dan otomatik akan taat pada suaminya lebih berbanding ibunya kerana suaminya sudah berikannya sesuatu pengalaman yang bapak hebat!!

Cadangan Cikgu 2.

1. Kau kena jadi pengampu setia sebab orang yang agak diktator ni memang suka di ampu. Apa aje yang mak mertua kau kata,kau iyakan aje malah kau berikan kata pujian banyak-banyak. Sampai tahap walau mak mertua kau masak sup ayam bapak segala masin tahap seguni garam tumpah ke dalam periuk,bila kau hirup sup itu,dengan muka penuh senyum kau akan berkata : "Sedap sup mak masak ari ni ek..."

2. Kau kena belajar jadi orang yang mak mertua kau suka. Kalau mak mertua kau tak suka kau pakai jeans,kau jangan datang rumah dia pakai jeans,kalau mak mertua kau suruh pergi kedai,kau pergi je,jangan cakap banyak. Jadi menantu yang patuh,kerana orang macam ni memang suka orang patuh kat dia,sebab kau dah takde apa nak tunjuk kat dia dah apatah lagi dari segi harta benda.

3. Masukkan diri kau dalam hidup mak mertua kau. Contoh,mak mertua kau suka politik,kau pun cuba la tunjukkan minat pada politik,kalau mak mertua kau suka pada kucing,kau pun cubalah suka kan diri pada kucing,cuma kalau mak mertua kau suka pada Anuar Zain,jangan kau sukakan Anuar Zain pulak,karang kau di cap menantu yang GAY....!!

Cadangan Kerani.

1. Kau bayangkan kau sedang naik kayak menongkah arus dan lagi 100 meter nak sampai ke darat. Kalau kau redha memang kayak tu je yang boleh bawak kau naik ke darat,kau kena lah kayuh jugak. Kalau rasa ada kayak lain yang boleh bawak kau walaupun tinggal lagi 100 meter nak sampai ke darat,kau patah la balik.

2. Dugaan sebelum dengan selepas kahwin lain. Sebelum kahwin,syaitan akan cuba untuk cari jalan biar kita tak kahwin,nanti bila dah kahwin,syaitan akan cari jalan pulak biar kita bercerai.

3. Redha dan muhasabah diri. Mungkin ini dugaanNya. Makin kuat dugaanNya,makin tinggi tahap kesabaran kita,makin banyak pahala kau dapat. Mana tahu nanti,bila kau dah dapat anak hasil dari sperma kau nanti,persepsi serta pandangan mak mertua kau pada kau akan berubah. Time tu kau akan jadi menantu kesayangan,menantu mak yang paling utama!!!

Last-last,hasil dari perbincangan malam itu aku pun tak tahu sebab aku tertidur!!! Apa pun,aku harap kawan aku ni mampu membuat keputusan yang paling bernas untuk masa depan diri serta spermanya yang bakal menjadi zuriat yang Insyallah akan mendoakan kawan aku bila dah kena kapan nanti!!!

P/s : Walaupun tidak 100% seperti kisah benarnya,tapi pointnya tetap sama aje..Lantak!!!!

No comments: