Sunday, September 18

DOSA REMINDER VIA SMS?

Ketika aku sedang lepak-lepak santai sambil melayari Facebook aku yang tak berapa femes itu,tiba-tiba melalui TV (aku tak tahu dari TV jiran aku ke,TV umah aku ke...),aku terdengar satu komen dari sorang artis wanita yang di ajukan soalan mengenai wataknya di dalam drama yang bertudung melalui sebuah rancangan TV yang agak popular. Bunyinye lebih kurang gini laa...

"Markonah (bukan nama sebenar) tak teringin ke nak bawa imej watak gadis bertudung ke dalam kehidupan realiti Markonah?"

"Mungkin satu hari nanti,bila sampai seru...(sambil,tertawa kecik,hihihi...)..."

Kemudian,aku dengan penuh konfiden terus bukak Wordpad pada Notebook aku untuk taip entry ni. Dalam pada itu,aku kena jugak berhati-hati dalam menaip entry ini kerana tak nak menaip kerana emosi aku pada kenyataan artis itu yang mungkin mahu seru dari Allah itu sampai sebelum artis itu kena kapan.

Aku teringat pada soalan kawan sepejabat aku dulu pada aku..

"Apasal budak-budak ni suka buang bayi haa...?? Tak takut dosa ke?" komen kawan aku ni pada tajuk utama surat kabor ari tu yang cerita pasal remaja buang bayi kat jamban.

Aku pun sambil minum air nescafe tarik penuh buih dan terkena sikit-sikit kat misai aku yang terusus rapi ni menjawab..

"Sebab tak tahu dosa banyak ke tak,dosa kan tak nampak..."

"Maksud kau ape?" kawan aku tanya balik.

"Contoh,kalau kau Solat Maghrib nanti,lepas Solat,tiba-tiba kau dapat SMS dari Malaikat berbunyi,"Tahniah,anda telah mendapat pahala Solat Maghrib untuk hari ini. Untuk update terkini pahala anda,sila rujuk e-mail." Kau pun dengan penuh konfiden,cek laa email dan tengok pahala kau banyak ke tak. Bila kau tengok,rupanya pahala kau kurang 35% dari dosa kau sebab kau semalam raba-raba bontot awek kau. Mesti automatik malam tu kau akan Solat Sunat Taubat,Solat Tahajud,Istighfar berpuluh ribu kali untuk
cover balik pahala kau yang kurang tu,kan...?"

"Mestilah,sapa nak dosa banyak-banyak..." kawan aku jawab.

"Kenapa kau sibuk nak cover balik dosa kau tu dengan pahala..?" aku tanya balik.

"Sebab aku dah tahu dan nampak dosa aku lebih dari pahala..."

"Sekarang ni Malaikat ada bagi tahu kau ke berapa banyak dosa pahala kau? Kau dapat tengok..?"

"Macam mana nak tengok...."

"Jadi,hikmah Allah ciptakan manusia ni supaya beribadah padanya tanpa perlu tahu dan nampak berapa banyak pahala kau dapat ialah supaya kita ni jadi manusia mukmin yang ikhlas dalam beramal dan berharap balasan yang baik ketika di hisab nanti. Time tu baru la kau dapat tengok berapa banyak pahala kau ada. Kau buat beramal sekarang,balasannya bila kau dah kena kapan nanti.."

Kawan aku konpius dan tanya aku balik..

"Apa kena mengena dengan remaja buang bayi tadi pulak..?"

Aku pun dengan ingat kawan aku ni dah faham rupanya tak faham lagi ni pun menjelaskan..

"Mungkin budak tu nampak maksiat tapi sebab tak nampak dosa dari start dia kena tenggek dengan boifren dia,sampai budak tu merengek sedap,sampai budak tu klimaks,sampai budak tu ulang balik second round,sampai budak tu menyesal,sampai budak tu mengandung,sampai budak tu buang bayi tu,budak tu tetap tak nampak dosa dia kan? Sebab kalau budak tu nampak dosa dia,kompom dia takut nak buat. Dia cuma dengar,tahu dan rasa dosa tu aje..."

Aku tambah lagi..

"Kalau orang solat,tiba-tiba nampak pahala tu depan mata macam slide show kat LCD TV,atau sampai sms reminder pahala dari Malaikat macam aku cakap tadi,siap dapat balasan tunai Rm 100 tiba-tiba ada bawah sejadah,mesti dah ramai orang solat tak tinggal. Tapi celah mana pulak ikhlasnya ibadah tu kerana Allah? Sebab tu la,pahala dan dosa,syurga dan neraka tidak di zahirkan di mata manusia untuk menjadikan manusia macam kita ni benar-benar beriman pada Allah. Allah tu kan Maha Bijaksana."

"Tapi manusia ni pulak tamak,suka ganjaran yang jelas selepas pelaksanaan,contoh,kerja sebulan,ujung bulan dapat gaji,kawin - kawin,bancuh kaw-kaw lepas 2 tahun dapat anak. Sebab tu ramai orang kerja dan kawin tapi tak ramai yang mampu tunaikan solat ketika kerja dan solat selepas kawin sebab,apa yang kau dapat kerana solat tu tak nampak dan dapat lambat lagi!!!!"

Aku pun dah penat nak explain kat kawan aku dan akhirnya dia faham jugak.

Jadi apa kena mengena pulak dengan kenyataan artis tadi? Apa susah,artis tu tak nampak dosa dia tak tutup aurat tu,sebab tu dia tenang selamba gaban je tak nak tutup aurat. Jadi,kalau nampak ada brader pakai subang sebelah,ada minah pakai seluar pendek,ada makcik mengumpat 23 jam,ada suami penampar isteri,ada isteri maki hamun suami,ada anak songlap duit mak bapak dia,ada remaja donlot video 3gp atau apa-apa je lah,semua tu berlaku kerana mereka tak nampak dosa,walau perkara yang di buat tu perkara dosa,dan bila tak nampak dosa,lupa la yang Allah tu ada. Kalau ingat pun tak takut sebab dosa yang di buat tu tak nampak.

Firman Allah:
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (QS Al Zalzala: 8)

Sebab tu,orang yang best-best ni,bila buat dosa,rasa menyesal akan datang dalam hati,walau dosa tu tak nampak,jadi kalau korang tak rasa bersalah dengan dosa,tak rasa menyesal dengan dosa atau lagi parah rasa seronok dengan dosa,baik muhasabah diri balik cepat-cepat. Kita manusia macamanapun akan buat dosa,bezanya sama ada kita sedar ke tak perkara yang kita buat tu berdosa atau tak.

Korang tahu kan pasal siksa kubur? Korang pergi kubur untuk tengok upacara pengkebumian,tengok liang lahad,tengok mayat kena kapan,tengok mayat kena timbus,dengar Talqin tapi balik rumah sambung balik mengumpat,sambung balik tengok 3GP,sambung balik pakai seluar pendek dan tak pakai tudung,kenapa? Apasal tak nak insaf lepas tengok upacara tu? Sebab,walaupun korang tahu itu kubur,tempat korang akan masuk nanti dan tahu akan wujudnya seksa kubur,tapi sebab siksa kubur itu tak nampak!! Sebab tu la sikit rasa takut dan insaf pun tadak. Kalau tak,masakan ada penggali kubur yang tak puasa Ramadhan di waktu menggali kubur tanpa keuzuran. Cuba kalau masuk je kawasan kubur,nampak kubur belah sana mayatnya kena himpit,kubur sana mayatnya kena beduk,nampak kubur sana ada ular belit mayat,kompom balik upacara pengkebumian,penuh Mat Rempit duk dalam masjid ber i`ktikaf dan Solat taubat sepanjang hari!!

Jadi,bukankah Allah Maha Bijaksana meng`ghaib'kan apa yang patut di ghaibkan dari pandangan manusia supaya manusia dapat beramal dengan benar-benar rasa ikhlas pada Allah?

Jadi,lepas ni,bayang-bayangkan pahala amalan korang tu,bukan di bayangkan dengan zahir,tapi di bayangkan dengan bayangan,agak-agak dengan pahala yang korang ada,layak ke korang ke syurga? Kalau agak tak layak,belum terlambat untuk top up amalan korang,jangan lah tunggu seru dan hidayah sampai sebab takut malaikat maut yang sampai dulu untuk mengconfirmkan korang menjadi pemakai kain kapan seterusnya!!!

Dah,aku nak sambung main Facebook!! hahaha....

No comments: