Tuesday, July 12

BERSIH 25.0.....????



Hari Sabtu lepas berlaku perhimpunan Bersih 2.0 yang aku baca kat paper harian dipasaran tulis yang datang lebih kurang 6000 orang,tapi baca kat paper internet tulis lebih kurang 10 ribu orang.

Dalam masa kurang sebulan nak perhimpunan ni,hari hari media massa dok sibuk bahaskan isu ni.Tapi aku bukan nak cerita pasal perhimpunan tu,aku nak cerita pasal ungkapan perkataan BERSIH.

Aku pernah pergi balai polis,aku tengok kat dinding motto `BERSIH,cekap,amanah'.

Aku pergi pulak toilet awam kat hospital,besar kat dinding `Jagalah keBERSIHan'.

Aku ingat dulu kat sekolah,cikgu pesan `sebelum makan kita cuci tangan BERSIH-BERSIH'..

Ustaz aku pun selalu pesan `Rajin-rajin lah Solat Tahajjud kerana ianya menyucikan hati dan merBERSIHkan jiwa'.

Mak aku pun selalu marah aku masa kecik "Nak merayau tu pakai la baju BERSIH sikit.Ini baju dah macam kain lap meja tu jugak yang ko pakai....'

Namun sejak akhir-akhir ni,lain pulak maksud BERSIH itu di ertikan..

Aku jumpa kawan aku dia kata "Ko tahu,aku nak pergi Puchong yang sepatutnya 15 minit dah sampai dari sini,dah jadi 1 jam setengah.Bengang betul aku dengan BERSIH ni.Menyusahkan orang!!!!"

Baca pulak kat paper para peniaga merungut "Saya harap,BERSIH minggu depan di batalkanlah kerana kami yang akan menanggung kerugian,bukan kerana kami terpaksa menutup perniagaan tetapi mungkin kos kerosakan..."

Ada pulak yang melabelkan BERSIH itu sebagai kotor.

Nanti ek,nanti orang ingat aku ni tak faham maksud BERSIH dengan pertubuhan haram BERSIH.Yang aku cuba maksudkan di sini ialah,bagaimana pihak kaum kerabat yang inginkan perhimpunan BERSIH ini menggunakan perkataan BERSIH sehingga ada di kalangan masyarakat yang dalam waktu seminggu dua ini membenci apa yang di panggil BERSIH.Walaupun hakikatnya kita sukakan BERSIH.Suka kerana sifat BERSIH,bukan sukakan perhimpunan BERSIH.Seperti perkataan umum lainnya yang di jadikan nama pertubuhan seperti PERKASA.Adakah Badang yang terkenal dalam hikayat zaman dahulu sebagai seorang yang gagah PERKASA itu ahli PERKASA? Tak pun....Macam PAS yang juga nama parti politik,tapi juga satu perkataan yang di gunakan kalau nak masuk sesuatu tempat yang memerlukan kebenaran.

"Aaaa,encik nak pergi mana?Ada PAS?"

Kalu orang tu jawab "Saya takde PAS,tapi saya ahli PAS.." adakah guard tu akan bagi encik tu masuk...??

Macam aku terjumpa satu entry pass untuk pelawat melawat kawasan kilang yang tag tu tulis besar-besar.....
"PAS SEMENTARA"
Sapa yang pakai tag ni jadi ahli PAS sementara ke? Hahahaha....

Jadi maksud perkataan dan bila perkataan tu digunakan yang penting sebab boleh jadi `double meaning'.Macam Mat `BLUE' (double meaning lagi) nak membeli DVD lucah,dia akan bertanya pada pengedar "BAIK punya cerita,ada..?"

BAIK bagi dia "DVD lucah",tapi pada kita BAIK tu sifat terpuji....

Aku rasa lah,10 tahun akan datang,kamus dewan bahasa Melayu kena di update lah sebab banyak bahasa `double meaning' yang bagi yang dewasa confirm lah paham,tapi bagi budak-budak...???

So,kalau rasa rasa lagi 23 tahun akan datang,pertubuhan BERSIH nak lagi buat perhimpunan,para cikgu kalau taknak muridnya terlibat dengan perhimpun BERSIH 25.0 yang lagi 23 tahun akan menjelang tiba,adakah perlu cikgu mengajar camni....:

"Murid-murid,kita kena sentiasa jaga keBERSIHan,nak makan cuci tangan BERSIH-BERSIH,nanti besar jangan ikut perhimpunan BERSIH.....faham semua....???!!!"

Tu belum aku cerita bab KUNING lagi.....

So,kita tunggulah BERSIH 25.0 pulak,makin banyak orang sukA BERSIH,atau benci BERSIH...!!!

Kalau sempat tengok dan belum kena kapan.....!!!!



Friday, July 8

Sakit...!!!! Aduh...sakitnya......



Hari ini aku pergi hospital hantar isteri tersayang masuk wad bersalin untuk kelahiran pertama zuriat dari aku yang subur ini. Sekurang-kurangnya aku dah buktikan yang aku ni subur...!! hahaha....

Jadi awek-awek lama aku...jangan menyesal sebab tak kahwin dengan abang dulu....hahaha....

Sewaktu menghantar isteri aku ke wad selepas selesai semua urusan pendaftaran serta yuran tahunan PIBG hospital itu,aku terdengar suara-suara mengaduh kerana sakit....
Aku tak tahu la sakit nak bersalin ke...apa ke....tapi dah aku kat wad bersalin,mesti sakit nak bersalin...ye dak....

"Aiyo......ammaa....sakiiiiiitttt....aiyo......."

Sorang India ni mengaduh sekuat hati anak tekak dia....tengok muka isteri aku dah seriau dah....
Waktu pun dah masuk tengahari dan nak dekat Zohor.....Aku pun tanya kat isteri aku kiblat wad ni arah mana...

"Tadi ada penanda kiblat kat siling tu....." Isteri aku kata.Aku pun lega laaa.....

Aku pun pesan kat isteri aku,"Solat ye..susah macamana pun,tangan balut ke,kaki sakit ke,apa ke...solat jangan lupa...sebab nanti time ayang sakit nak beranak,otomatik lidah ayang akan sebut nama Allah...mintak tolong dengan Allah...meraung,Aduh..sakit Ya Allah....sakit..."

"Jadi sementara boleh solat ni,solat la...ingat Allah...jangan time sakit je ingat Allah..."
Isteri aku mengangguk tanda paham apa aku cakap....

Apasal aku bukak cerita ni...??
Majoriti para pesakit kat wad kat spital ni semua ada sakit masing-masing...bila dah sakit..meraung..mengeluh....

"Ya Allah...sakitnya....Ya Allah....Aku tak sanggup lagi Ya Allah...."

Bagus la tu....ingat daripada mana sakit tu datang....dari mana kesembuhan tu datang....
Tapi bab solat kat hospital,terutama di kalangan pesakit ni memang masalah sket....
Mengaduh,meraung,mengeluh ingat Allah,tapi waktu solat buat selamba aje.....
Mintak kesembuhan dari Allah,tapi yang Allah suruh tak nak buat....dan alasan yang paling kukuh ialah....TAK TAHU MACAM MANA NAK SOLAT DALAM KEADAAN SAKIT TU...

Tak kurang juga yang bagi alasan...."Sakit ni..nanti boleh Qada..." atau "Allah memahami aku ni sedang sakit..." atau "Segan la...tak ada orang solat pun...."

Yang tak nak buat tu,nak buat camana.....pilihan dia untuk sayangkan dirinya dari menyembah yang MenciptaNya....

Yang agak sayang ni..nak solat..tapi tak tahu macamana....mungkin ramai yang x tahu,kalau tak leh ambik wuduk,tayamum pun bleh...atau ambik wuduk pada kawasan yang paling minima yang ada dalam rukun wuduk....boleh solat,baring,duduk....asalkan ada keinginan nak buat...ada la jalan..Insyallah....

Ada satu kawan ni pi tanya kat nurse,"Camana nak solat duduk...?"
Nurse ni cakap.."Saya pun tak tahu...bukan bidang saya la bang..."
Last-last......tak solat la jawapnya.....

Aku rasakan...setiap wad kena lantik sorang ustazah or ustaz untuk jadi guider pada diaorang yang nak lagi bersolat walaupun dalam keadaan yang sakit tapi tak ada ilmu untuk itu...

Cuma moralnya...ramai orang lupa Allah time tak sakit....tapi bila sakit mohon dengan Allah supaya cepat sembuh....

Nanti dah sembuh....lupa balik dengan Allah....pastu sakit mohon balik cepat sembuh.....

Terus-terusan camtu sampai kena kapan.....

p/s : yang tukang tulis...sila ingat apa yang anda tulis sebelum kena kapan....semoga isteri aku selamat melahirkan zuriat ku ini...Aminn....


..

Thursday, July 7

kucing @ cat

aku terasa dengan gambar ni.....


Kucing ini di masjid.Aku tak kiralah,kucing ni orang buang kat masjid ke,atau memang kucing ni dah 73 keturunan memang dah duduk kat masjid tu ke,atau orang saja-saja buh kucing kat depan masjid tu then ambik gambar pastu buh kat google bagi aku search.....

apasal aku nak terasa dengan kucing ni.....???

Kalau kucing di syariatkan untuk solat,agak-agak kucing akan pergi ke masjid pastu solat berjemaah tak...??
Dengan ada satu pak imam kucing,bilal kucing...masjid pun ada masjid kucing.....siak kucing,jkk kucing...

Mungkin berlaku perebutan jawatan antara imam-imam kucing,mungkin ada bendahari kucing yang songlap duit masjid,mungkin jugak ada fahaman politik kucing yang cuba di bawa ke masjid kucing....

Tapi kucing tidak di syariatkan untuk itu...manusia macam aku ni haa yang di syariatkan untuk itu...
Manusia yang macam aku ni haa yang ada potensi untuk berebut jawatan imam,songlap duit masjid,memecah belahkan jamaah masjid dan apa jenis mak nenek sifat mazmumah lagi.....

Cuma selalu kita tengok hina pada kucing,bantai kucing sebab curi makan,biar kucing sampai berkurap kudis,mati kena lenyek bas.....ada plak yang pergi buang kucing kat laut,pergi dera....

Padahal kucing cuma menjalankan tanggungjawab dia sebagai kucing iaitu..tanggungjawab untuk makan dan kahwin......

Kita ni haa yang jadi manusia ni lagi banyak tanggungjawab berbanding kucing......

Antara pesan Imam Al Ghazali pada muridnya :

Apakah yang paling berat di dunia ini?

Bukan batu,bukan gunung,bukan besi..tapi tanggungjawab.....

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )


So,kita dengan kucing sapa lagi banyak dosa...???

Darjatnya,kita adalah lebih mulia dari kucing kerana kucing takde akal....
tapi kita boleh jadi lagi hina dari kucing sebab kita ada akal...!!!!

p/s: jangan ingat aku bias kerana aku memang suka kucing...semua binatang merangkumi yee....





Tenang ke.....???? Mari cek iman anda.....

Ada satu masa aku tension giler........aku tak tahu nak buat mende.....rasa nak marah....rasa nak mengamuk.....
rasa nak tumbuk orang walaupun aku bukan kuat mana pun.....

standart laa...stress keje...stress rumahtangga...stress duit kurang......

apa aku buat...??? yang paling best bagi aku...kembali pada minat aku iaitu muzik...dengar lagu kuat-kuat....
nak lagi best,pegi jamming......memang rasa release segala-galanya.... rasa lepas semua beban kat otak.....

Yeke....???? tenang ke....???

Kalau aku jawab tenang,yang menjawab tu bukan aku,tapi nafsu aku....
Iman aku tak tenang pun....sebab,lepas jamming...balik umah marah laa jugak....

Ni aku bawa aku sebagai contoh....

Mungkin bagi lain orang yang lain minatnya dengan aku....example minat memancing ke,minat main bowling ke,minat make up kereta ke,minat makan ke....mesti bende-bende yang dia minat ni laa yang di buat bila stress....

Tapi akan tenang ke kalau buat bende-bende ni semua...???

Aku sendiri dah 15 tahun menjadi pendamba muzik ni,tak jumpa pun apa yang ada pada muzik yang aku minat ni berjaya membuat hati aku tenang....

Yang ada kepuasan.......kan....????

Kepuasan dengan ketenangan tu sama ke...????

Aku cuba baca buku kat bawah ni karangan Imam Al Ghazali...


Baru 5 helai dah ngantuk.....tapi dengar aku punya Sony Walkman tak mengantuk pulak.....

Nampak sangat nafsu aku dah kuasai iman......(confession.......)

Kalau tak caya,cuba korang test dengar azan or mengaji kat radio.....

Adakah korang akan mengantuk,atau tukar channel radio yang azan atau mengaji tu.....???

Atau korang rilek-rilek je ketawa macam biasa....????

Boleh nilaikan iman kita yang nak di bawak time kena kapan nanti......



p/s : dari apa yang aku dengar dari ceramah ustazah Siti Nor Bahyah.....aii..lembiknya lah iman.....

Wednesday, June 22

Nafkah & Overtime....

Kita ada macam-macam.Ada motor,kalau kaya sikit adalah kereta,kaya lagi,adalah rumah...kaya lagi,adalah handphone yang hebat.Lagi best,ada bini yang lawa,atau awek yang cun yang jadi kegilaan ramai yang akhirnya kau yang dapat.Bukan ke itu sangat best untuk seorang manusia macam aku,macam ko,macam dia,macam mereka dan adik beradik dia..

Kita pun kerja mencari nafkah untuk kita...tapi betul ke nafkah yang kita cari hari-hari tu untuk kita...???

Bukan ke segala nafkah tu untuk bini kita(kalau dah kahwin),bukan ke untuk mak abah kita (kalau bujang dan reti bagi),bukan ke untuk anak kita (kalau yang dah ada anak),bukan ke untuk persatuan kita (politik,ngo whatever etc...)...???

Yang mana pulak nafkah untuk kita...???

Yang mana pulak nafkah untuk akhirat...??? Sibuk cari nafkah dunia,nafkah akhirat ada pikir...???

Cari nafkah dunia sanggup overtime,keje sabtu ahad,part time ntah hapa hapa lagi....

Sanggup ke overtime `tahajjud` untuk nafkah akhirat...???

Sehari berapa helai lembaran Al Quran yang di baca...????

"Takde masa laaa.........bizi......"

Main facebook,mancing ikan,lepak mamak tgk bola,jamming,karaoke ada plak masa......

 “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” – (Surah al-Mukminun: 115)


Ingat free-free ke Allah ciptakan kita ni.....????


Kain kapan tu je lah nafkah kita nanti......kan......????


So,type google and try to booking your kapan kain from now on,while stock last!!!!